Penulen Air Coway Diiktiraf Jakim

Penulen Air Coway Diiktiraf Jakim

Harian Metro

PENGELUAR peralatan elektrik jenama Coway, berjaya memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk produk penulen airnya sekali gus menjadikannya pengeluar penulen air antarabangsa pertama menerima pengiktirafan itu.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, James Park Jae-Young berkata, pengiktirafan itu membuktikan produk Coway memenuhi piawaian halal dan secara tidak langsung memudahkan pengguna Islam membuat keputusan untuk membeli produk keluaran syarikat itu.

Katanya, syarikat Coway sudah menjemput Jakim untuk menyertai rombongan penelitian ke pusat penyelidikan dan kilang Coway berpangkalan di Korea.

“Sebagai pengeluar penapis air dalam bilik terbesar sejagat, pengawalan kualiti kami yang ketat berjaya menepati piawaian dari segi agama dan kebersihan yang ditetapkan Jakim. Tambahan pula, pusat penyelidikan Coway dilantik Persatuan Kualiti Air sebagai makmal ujian sejak 2009.


“Ia adalah sebuah persatuan yang mewakili industri rawatan air bagi kediaman, komersial dan perindustrian untuk menetapkan piawaian bagi kemudahan rawatan air,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Sistem penapisan Osmosis Songsang Coway yang memenuhi piawaian halal bertaraf antarabangsa boleh didapati dengan pilihan rekaan atas meja dan berdiri.

Source: http://www.hmetro.com.my/articles/Pe...Jakim/Article/

0 017 Komen:

Post a Comment